Ahad, 2 September 2012

Jogging Untuk Kuruskan Badan

[tips JOGGING] Saya tahu,  jogging memang satu senaman yang membosankan (bagi sesiapa yang tak pernah jogging) sebab kita tak tahu nak kejar apa.. Jadi, dengan ini, saya akan berkongsikan tips apa yang saya lakukan ketika berjogging:

1. Kalau anda tak pernah berjogging, pastikan anda selang selikan antara jogging dan jalan laju (jogging 4 minit, jalan laju 3 minit). Lakukan sehingga anda 1 km.. cuba dahulu sebagai permulaan.. Selang selikan. 

2. Kalau anda biasa berjogging tetapi cepat bosan (saya orang jenis ini), apa yang saya lakukan ialah saya akan follow Pak Cik atau Mak Cik, atau orang yang lebih besar daripada saya.. Follow belakang mereka, ikut je belakang mereka sampai mereka beri laluan kepada anda untuk potong mereka. 

Pernah sekali saya follow sorang Pak Cik ni.. Mak aii, stamina kuda.. Saya yang tak leh follow.. kalau Mak Cik masih boleh follow lagi tapi sekiranya anda adalah seorang lelaki, nasihat saya ialah jangan sesekali ada follow seorang wanita kerana mereka segan bila ada orang lari kat belakang mereka. Tapi kalau Mak Cik tak pe, Mak Cik dah tak segan dah.. 

3. Pakai pakaian yang betul, kasut betul dan sebelum keluar nak jogging tu.. tekadkan dalam diri cakap, "aku nak jogging 30 minit hari ni".. Kalau nak bergaya sikit, pakai ipod.. ahaha 

4. Panggil 3 orang rakan untuk berjogging bersama.. Caranya ialah lari secara berturutan seperti kereta api.. bila orang depan dah penat, dia akan slow down dan pergi ke belakang.. orang belakang dia pula lead jogg.. 



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ALEXA RANK


Google PageRank Checker

Protected by Copyscape Web Plagiarism Detector

MyFreeCopyright.com Registered & Protectedcopyright how to

BACKLINK

JOM TGK TV ONLINE