
Tanya Perut Anda

Cuba alihkan perhatian daripada mengambil makanan yang tidak diperlukan. Contohnya anda terlihat air berkarbonat yang diminum oleh seorang gadis, anda pula teringin untuk meminumnya juga. Sekarang cuba alih perhatian anda dengan cuba mengorat gadis tersebut

Nyalakan lilin beraroma contohnya seperti aroma epal, pudina dan pisang yang mana menurut kajian dapat mengelakkan kita makan berkali-kali ganda banyaknya. Bukan saya cuba menghalang anda daripada makan, tidak sama sekali. Cuma tajuk kali ini ialah cara anda untuk kawal nafsu makan tu. Nah, sekarang pergi ke Alamanda dan beli lilin beraroma tu

Point ini agak pelik sikit malah saya juga telah mencubanya. Walaupun ianya akan membuatkan orang sekeliling berkata, "Apa yang kau picit tu?". Anda senyum sahaja, teruskan dengan point ke - 4 ni iaitu - picit urat saraf yang terletak di kawasan tulang rawan dimana rahang anda melekat di bawah telinga. Agak pelik bukan? Cubalah tanya pakar saraf kalau tidak percaya.

0 ulasan:
Catat Ulasan