Isnin, 16 Julai 2012

Epal Atau Pear? Cara Ukur Lilit Pinggang & Pinggul Anda

Nisbah ukur lilit pinggang dan pinggul (WHR) adalah salah satu cara pengiraan yang boleh digunakan untuk mengenalpasti perubahan pada badan kita. Penambahan berat badan kita akan lebih ketara di bahagian pinggang dan pinggul.






Bahagian ini jugalah akan menjadi salah satu petunjuk kepada tahap kesihatan kita.
Bentuk badan yang mana kita inginkan, sama ada berbentuk buah epal atau pir? WHR akan dapat menggambarkan keadaan bentuk badan anda. WHR yang normal adalah:
- 0.95 atau ke bawah 0.80 atau ke bawah (berisiko rendah)
- 0.96 ke 1.0 0.81 ke 0.85 (berisiko sederhana)
- 1.0 dan keatas 0.85 dan ke atas (berisiko tinggi)
Cara pengukuran WHR ini adalah cara yang paling mudah selain pengukuran Body Mass Index (BMI) bagi mengenalpasti tahap aktiviti fizikal kita, kadar penggunaan tenaga kalori daripada pengambilan makanan atau kecenderungan kita untuk mengalami penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit sendi atau sebagainya.
Cara mengukurnya adalah seperti berikut:
- Ukur lilitan pinggang anda di paras pusat menggunakan pita pengukur menggunakan unit sentimeter atau inci
- Ukur lilitan pinggul dikawasan yang paling besar atau lebar
- Bahagikan ukur lilitan pinggang kepada ukuran lilitan pinggul dan rujuk hasil bahagi tersebut kepada jadual di atas bagi mengetahui kedudukan bentuk badan anda
Jika sekiranya keputusan WHR seperti tertera di jadual di atas dan bentuk badan anda menyamai bentuk buah epal lebih daripada menyamai bentuk buah pir makan risiko untuk mendapat penyakit disebabkan kegemukan adalah tinggi.
Melalui pemerhatian anda di depan cermin sudah pasti anda dapat mengenali bentuk badan anda tanpa perlu pengukuran WHR.
Tetapi jika sekiranya anda adalah seorang yang prihatin terhadap tahap kesihatan walaupun bentuk badan menyamai bentuk epal anda akan terus memantau perkembangan badan menggunakan teknik pengukuran ini.
Jika sekiranya anda dilahirkan dengan bentuk fizikal yang besar (keturunan) dan menyamai bentuk buah epal ini, bukan bermakna hidup anda akan sentiasa dihantui oleh penyakit-penyakit berbahaya disebabkan makanan melainkan anda dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui program pendidikan dan promosi kesihatan yang boleh diperolehi di hospital atau pusat-pusat kesihatan:
- Sentiasa mengekalkan berat badan yang ideal
- Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat
- Senaman yang betul dan berterusan
- Tabiat hidup yang sihat dan berkualiti

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ALEXA RANK


Google PageRank Checker

Protected by Copyscape Web Plagiarism Detector

MyFreeCopyright.com Registered & Protectedcopyright how to

BACKLINK

JOM TGK TV ONLINE